Tuesday, 11 August 2009

pengajian halaqah

saje nk kongsi cerite ngn korg2...emm...kat usim..kos aku kene ambk pengajian halaqah selama beberapa sem...subjek ni xdek final pon..satu jam smggu je kelas..point berdasarkan kdtgn...mule2 aku cm xske subjek,,cm buang mase pljr..tp bile da attend 4,5 kali kelas ni...cm best la plk,n aku terfikir yg dlm hidup kite ni kene seimbang dunia n akhirt...dlm klas ni ustaz akan mengaja hadis2 thurah..iaitu hadis2 yg lama..yg dikeluarkn sebelum 1700 masihi..

ptg tadi blaja pasal hadis yang dimana didalam dunia ni ada 2 kenikmatan yang allah anugerahkan kepada kita dan yg sering kita lupa..2 nikmat itu adalah :
1. sehat
2.lapang

perkara ni dah biasa kita dgr..tp ini utk kita lebih ingt lagi...manusia sering lupa dan alpa..seperti yg kita tahu dan sering terjadi kpda kita pabila kita sakit baru kita ingat kpada tuhan pencipta kita...ketika kita sakit ada dlm fikiran kita kita akan beribadah sekuat yg mana yg kita boleh.."kalau aku sehat aku akn banyakkn ibadah aku" dialog inilah yg selalu akan bermain lm fikiran kita...tapi..inilah sifat manusia yg kita perlu baiki setiap masa...kita akan lupa janji2 kita setelah sembuh...adakah kita kuat beribdh selpas sembuh.??mungkin ada...tp hanya sekejap..jadi marilah kita sama2 berdoa agar kita menjadi insan dan hamba yang baik dari masa ke semasa...

cerite pasal ibadah ni..ustaz aku ade menyelit cerite pasal2 sahabat(aku suke dgr) hoho..emm...die bercerite pasal keimanan saidina abu bakar as-siddiq yg dimana ada hadis sahih yg mengatakan kalau di campur keimanan seluruh makhluk diatas dunia ini, dan ditimbang atas alat timbangan masih tidak dpt melawan separuh keimanan saidina abu bakar..begitu hebat keimanan beliau...dan ade pada suatu ketika di zaman rasul kita...pada masa itu ramai sahabat2 yg bersedekah kpd islam..ingin dicerita kn disini..saidina abu bakar menyedekahkan seluruh hartanya kepada islam,dan rasul bertanya kepda beliau "apakah yg engkau tinggalkan kepada keluarga engkau?" dan saidina abu bakar menjawab " aku tinggalkn islam,dan allah kepada mereka" dan rasulullah menerima sedekah saidina abu bakar...

pada masa yg sama saad bin abu waqas juga diantara sahabat2 nabi yang pada ketika itu sakit tenat dan menghampiri maut...beliau berkata kepada rasul " aku hanya mempunyai seorang anak perempuan untuk mewarisi harta aku,tp aku ingin menyedekah seluruh harta aku kpd islam" tetapi rasul menolak kerana harta itu patut diwasiat kn kpd anak beliau...saad bin abu waqas berkata lagi.."kalau aku beri 1/2 harta aku,bagaimana?" rasul menolak lagi sehinggalah saad bin abu waqas berkata "kalau aku beri 1/3 harta ku bagaimana?" akhirnya rasul menerima sedekah itu...hadis ini juga dikaitkan dgn pemberian dan pembahagian wasiat..ingin di highlight kn disini adalah dimana pembezaan saidina abu bakar dan sahabat2 yg lain..

berbalik kpd topik utama kita...nikmat yg kedua adalh lapang...iaitu nikmat diwaktu lapang yg sering kita lupa...yg dimana pada kita lapang la kita patut ingat dan beribadah dgn lebih kuat.....insya allah....

ini ssaje yg ingin dikongsi..hehe..emm...mari sama2 kita berdoa sekali lagi agar kita menjdi lbh baik dilm semua aspek..amin...

Sunday, 9 August 2009

arak oo arak

huhu....sejak kebelakangan ni..kecow pasal penjualan arak di negeri selangor...uhuh..kalau ditelitikan bagus untuk membuat bantahan atau sebagainya...tapi....jangan la hanya menyalahkan kerajaan negeri sahaja...jika benar rakyat perihatin ttg arak dan maksiat segalanya...atau perihatin ttg agama hukum hakam dan sebagainya...

tapi tidakkah mereka terfikir secara keseluruhannya...adakah mereka menjaga dan perihatin ttg aurat mereka dan anak2 mereka..saya tidak menunding jari kepada sesiapa...kalau benarlah mereka ingin mempertahankan agama islam..mereka perlu menerima hukum islam..seperti hukuman2..mereka tidak menerima hukum hudud..malah mengutuk...kalau mereka membantah penjualan arak...mereka juga kena menerima cara hukuman kepada pembeli arak yg beragama islam....kenapa mereka ingin bising dgn perkara ini..walhal ramai yg melakukan perbuatan yg dilarang didlam islam..sbgai contoh tidak menjaga aurat...sperti freehair???

pernahkah mereka bising dan membuat bantahan kepada sesiapa yg tidak memakai tudung???
hukumnya sama..arak adalah haram!! tidak memakai tudung haram! jika dilihat balik...perkara yang mungkar itu bermula dari perkara kecil..sperti tdak solat..tidak menjaga aurat...dari situ la mereka yg tdk mmpunyai akidah yg kuat ini terjerumus dlm kancah yang tidak elok sperti arak dan sebagainya...


fikir-fikir kan lah..

Saturday, 8 August 2009

konvoi bermotor



motor adelah sbhgn dari hidup aku...dulu dan skrg..tp skrg aku pki motor kapcai je...saje nk share konvoi mtr ngn korg2....gmbr2 lpk ngn dak2 mtr...n gmbr first ni bdk2 umh aku nye mtr.hoho..



ni kat kl....


segamatt....

ngh tuka coverstda siappp

Thursday, 6 August 2009

Terapi solat pulihkan mati pucuk - Pakar Um

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kajian saintifik menunjukkan masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Berita gembira itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Beliau berjaya mengurangkan tahap mati pucuk dua lelaki selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya.

Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang bermasalah perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu.

"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zuhur untuk tujuan terapi itu.

"Setiap pergerakan dalam solat didapati merangsang otot lantai pelvik. Kami sedang kaji kedudukan mana di dalam solat paling banyak menyumbang ke arah itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Sains Solat Peringkat Kebangsaan 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kajian Fatimah itu sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik UM mengenai kebaikan solat kepada tubuh badan manusia hasil cetusan idea Abdullah pada 2005.

Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.

Menjelaskan mengenai terapi solat, Fatimah berkata, lelaki yang bermasalah akan dipasang sejenis alat khas untuk mengesan ketegangan zakar sewaktu mereka tidur.

Katanya, seorang lelaki normal akan mengalami ketegangan zakar antara tiga hingga enam kali sewaktu tidur selama 10 minit dengan isipadu ketegangan 200 peratus.

"Ada dua pesakit telah berjaya mengurang dan memulihkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan mengalami sedikit ketegangan.

"Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik.

"Ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda," tegasnya.

sumber: utusan malaysia 050809

pautan

Related Posts with Thumbnails