Thursday, 10 September 2009
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan .....
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Wednesday, 9 September 2009
sapekah astora jabaT?
Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang paling
kontroversi Astora Jabat, telah difatwakan sesat oleh
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau
dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang
berkaitan hukum hakam Islam. Menurut sumber MAIJ, fatwa
tersebut dikeluarkan berikutan tulisan-tulisan Astora,
atau nama sebenarnya Asan anak To' Rambai dari kampung
Jabat Narathiwat selatan Siam, amat
mengelirukan, sesat lagi menyesatkan.
Astora, seorang wartawan yang bias, berkepentingan dan
penjilat, sebelum ini dalam tulisannya telah mengatakan
Firaun ada yang baik dan ada yang jahat.
Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun,
beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik.
Di atas ketelanjurannya itu, apabila diasak diminta bukti
siapakah Firaun baik di sepanjang sejarah, beliau hanya
memberi contoh Laith Pharaon, seorang juara
lumba bot laju dari Arab Saudi sebagai Firaun baik.
Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum
aurat wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah
(seperti pembahagian hukum najis dalam fiqah). Menurut
seorang guru agama, pengdapat dangkal Astora itu tidak pernah
dibicarakan langsung sejak zaman Imam Syafie, Imam Ghazali,
hinggalah para ulama Islam kini.
Seorang wartawan yang mendakwa rapat dengannya memberi tahu,
"hujah pakai hentam' beliau itu hanyalah sekadar untuk
menghalalkan perlakuan isteri beliau berbangsa Morocco yang
tidak pernah menutup aurat sebagaimana seorang wanita Islam".
Tuliasn Astora yang sangat merbahaya ialah pendapat beliau
yang menyokong ISA. Demi untuk mengampu, beliau sanggup membuat
fitnah yang sangat dahsyat apabila mengatakan bahawa
Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA (akta keselamatamn dalam negeri)
untuk membendung pengganas.
Pendapat terbaru beliau ialah cadangannya agar dihapuskan
sekolah beraliran agama.
Seorang bekas pemberita akhbar Utusan menyatakan,
"kita harus faham bahawa Astora ini berasal dari bangsa Patani
yang hidup merempat, tertindas dan sentiasa hidup dalam buruan
di bawah kerajaaan Budha Siam. Apabila dia beroleh sedikit
kesenangan bekerja di sini, umpama anjing peliharaan, dia akan
menyalak apa saja untuk menghiburkan tuannya", ujarnya.
Seorang bekas pelajar Universiti Al Azhar Mesir pula merasa hairan
bagaimana Astora dibenarkan oleh majikannya untuk menulis berkaitan
agama Islam.
"Ketika berada di Mesir satu masa dulu, dia hanya bekerja
sebagai koresponden akhbar saja. Dia tidak pernaha belajar ilmu
Islam secara formal. Saya tahu sebab saya kenal dia. Dia memang
banyak membaca termasuk buku-buku tulisan orientalis barat dan
musuh Islam".
Astora pernah pergi ke Pakistan baru-baru ini untuk membuat
liputan sempena serangan ganas Amerika terhadap Afghanistan.
Dia dipercayai berada di sana untuk berusaha mengada-adakan
bukti bagi mensabitkan Taliban dengan Pergerakan Islam di
Malaysia. Bagaimana pun beliau pulang lebih awal ke tanah
air kerana merasa khuatir keselamatan dirinya.
Mengenai usaha beliau sekarang yang bersungguh-sungguh dalam
tulisan diruangannya mengulas wawancara rangkaian televisyen
Alzajeeera dengan Menteri Besar Terengganu Datu seri Abdul
Hadi Awang, seorang pemerhati menyatakan, "Astora sebenarnya
sudah dilarang dari menulis perkara-perkara berkaitan hukum Islam.
Jadi dia memilih untuk menjadi jaguh dengan mengkritik beberapa
tokoh agama dengan harapan tulisan beliau akan mendapat perhatian
meski pun dia tahu benar bahawa hujahnya hanya akan diketawakan
orang"' ujarnya.
Mengenai penyiaran email pembaca di ruangan ugama beliau yang
diformatkan seperti debat, seorang stringer Utusan Malaysia berkata,
"email pembaca yang disiarkan itu hanya rekaan dia sendiri.
Tiada orang yang sudi melayan penulis seumpama itu. Email yang
direka dan jawaban darinya itu sebenarnya hanyalah teknik penulisan".
Sementara itu, Astora jabat yang bertubuh agak tinggi dan berkulit
hitam itu tahun lalu telah disuakan dengan Ustaz Asri Zainal Abidin
di dalam satu majlis debat di Pulau Pinang. Malangnya tidak selancar
tulisannya, beliau dimalukan sebegitu rupa depan khalayak dengan
pertuturan yang tergagap-gagap, hujah yang merapu dan keadaaannya
yang kelihatan menggeletar dan keresahan. Video tentang sesi debat
itu boleh didapatkan dipasaran.
Seorang saksi yang mendakwa pernah mengikuti majlis ceramah Astora
di K L, Kuantan dan beberapa tempat lagi memberi tahu,
"selalunya soalan yang ditanyakan hadirin dalam sesi soal jawab
tidak pernah dijawab dengan tepat melainkan di luar persoalan,
merapu dan berhujah dangkal", ujarnya.
Bersama kita Mengambil Iktibar
Wassalam
AL-QURAN
Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar
Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)