Wednesday, 1 July 2009

Jangan hanya solat semasa susah


Solat adalah rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadat. Ia juga adalah ibadat yang disyariatkan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW pada malam peristiwa Israk Mikraj iaitu 27 Rejab sebelum hijrah.

Syaikh Ismail Muhammad


Allah berfirman yang maksud-Nya: Sesungguhnya solat itu difardukan ke atas orang Mukmin pada waktu-waktu yang tertentu...(an-Nisa’: 103)

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang maksud-Nya: ...sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Ankabut: 45).

Namun, hakikatnya, masih ramai umat Islam yang solat tetapi pada masa yang sama terus melakukan maksiat di muka bumi ini.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ABD. NAZIR MOHAMED menemu bual Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad bagi mengupas isu ini.

MEGA: Sebelum mendirikan solat, antara yang diberi perhatian ialah membetulkan saf. Apakah hikmah daripadanya?

SYAIKH ISMAIL: Saya ada terbaca dalam kitab-kitab dulu bahawa umat Muhammad ini safnya adalah seperti tentera. Ini dari segi lurusnya saf semasa hendak bersolat.

Malah ada hadis Rasulullah SAW yang antara lain bermaksud, “Siapa yang tidak betulkan safnya Allah tidak akan tengok saf yang bengkok”.

Adalah menjadi tanggungjawab imam memerhatikan saf-saf di belakangnya sempurna iaitu lurus. Lurus di sini diukur berdasarkan tumit kaki bukannya jari hadapan kaki. Lagipun, membetul dan meluruskan saf itu adalah termasuk dalam kesempurnaan solat.

Hal ini bukanlah rumit kerana di masjid sekarang sudah ada penanda garisan bagi saf. Cuma bagi mereka yang solat di kawasan yang tidak ada garisan saf, mereka perlu membetulkan saf masing-masing.

Apakah syarat solat yang boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar sebagaimana dalam ayat 45 surah al-Ankabut di atas?

SYAIKH ISMAIL: Solat yang sebenar perlulah melengkapi dari segi hukum dan khusyuknya. Khusyuk itu pula memerlukan kepada sifat ihsan di mana jika kita tidak mampu membayangkan seolah-olah kita berhadapan dengan Allah, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah itu melihat kita.

Memanglah hal ini bukan mudah dicapai. Sebabnya, syaitan itu akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengganggu kita lebih-lebih dalam solat.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksud-Nya, “apabila azan syaitan itu akan terkencing dan bertempiaran lari demikian juga apabila iqamat tetapi selepas itu dia akan datang semula untuk mengganggu kita”.

Sebab itu, kita kena berjuang bersungguh-sungguh dalam solat. Adakalanya dalam solat kita akan teringat di mana barang kita yang hilang, kerja yang masih tertunggak dan sebagainya.

Apabila ini berlaku, kita hendaklah cepat sedar dan segera menepisnya supaya tidak terbawa-bawa oleh permainan syaitan.

Selain itu, cara berpakaian kita juga boleh membantu mencegah maksiat. Contohnya, jika kita berkopiah atau bersongkok, tak kan kita hendak pergi ke tempat-tempat maksiat.

Demikian juga kalau wanita yang bertudung itu tak sepatutnya mereka turut terkinja-kinja menyaksikan konsert dan sebagainya.

Menutup aurat itu adalah ibadat, jangan jadikan ia adat. Memakai tudung itu sewajarnya membuatkan kita rasa malu hendak melakukan maksiat.

Selain itu, wuduk yang sempurna juga akan membantu kita mencapai tahap solat yang khusyuk.

Pada masa yang sama, amalkan berqiamullail. Orang yang mengamalkan qiamullail juga akan diangkat darjat mereka. Ini dijelaskan menerusi firman Allah, Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhan mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (al-Isra’: 79)

Selain itu, Nabi SAW bersabda, Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa. (riwayat Muslim)

Pada masa yang sama, jangan kita abaikan berdoa kepada Allah setiap kali selepas solat. Jangan selepas salam, terus angkat kaki.

Solat jemaah itu hukumnya fardu kifayah. Namun, adakah masanya di mana ia boleh menjadi fardu ain?

SHAIKH ISMAIL: Secara asasnya, sesiapa yang mendengar azan hendaklah ia solat di masjid, maksudnya solat berjemaah.

Ummu Maktum misalnya adalah orang buta tetapi dia pun tidak diberi rukhsah (keringanan) untuk tinggalkan solat berjemaah.

Nabi Muhammad SAW juga sama tidak pernah meninggalkan solat jemaah kecuali ketika baginda gering.

Malah dalam sebuah hadis, Baginda SAW ada bersabda yang maksud-Nya, “mana-mana kampung yang di dalamnya tidak didirikan solat jemaah maka ia dikuasai oleh syaitan”.

Dalam hadis yang lain, daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, “Kalau manusia tahu keutamaan azan dan barisan yang pertama dalam solat, tetapi ia tidak berpeluang mendapatkannya kecuali dengan mengundi, maka mereka akan mengundi. Kalaulah mereka tahu keutamaan solat di awal waktu, mereka akan berlumba-lumba, kalaulah mereka tahu kelebihan solat isyak dan subuh berjemaah, mereka akan datang sekali pun dengan mengisut (tidak boleh berjalan)”.

Hari ini kita lihat, berapa ramai orang yang tinggal berjiran dengan masjid dan surau tetapi tidak datang berjemaah. Kita perlu cari kesempatan hidup yang sementara ini untuk melakukan seberapa banyak ibadat.

Dalam perkara ini, kita perlu bijak iaitu kerja sedikit tetapi untung banyak. Antara caranya ialah dengan menunaikan solat berjemaah yang diberi ganjaran 27 kali ganda berbanding solat sendirian.

Yang ada kelonggaran, barangkali apabila sekali sekala kita solat di rumah bersama anak dan isteri bertujuan melatih mereka berjemaah.

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah masjid perlu dibina di kawasan-kawasan perumahan bukannya di tanah lapang.

Ini supaya ia boleh diimarahkan oleh masyarakat. Kita bimbang akan berlaku sebagai mana hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila akhir zaman kelak akan ada banyak masjid besar tetapi tidak ada orang yang mengimarahkannya”.

Ada yang berpendapat, jika dalam hayatnya, seseorang itu jarang bersolat, maka selepas kematiannya, tidak perlulah kita mendoakan baginya atau mengadakan majlis tahlil. Benarkah?

SYAIKH ISMAIL: Antara doa yang mustajab adalah doa kita kepada rakan-rakan seagama. Walaupun jika mereka itu tidak menjaga solat semasa hidupnya selagi mereka masih mengucap syahadat, kita minta ampun juga untuk mereka.

Mudah-mudahan diampunkan dosanya oleh Allah. Apabila kita sedekahkan fatihah, kita beroleh pahala. Inilah yang kita boleh bantu semasa hayat kita, masa di akhirat kelak, kita tidak boleh bantu lagi.

Boleh jadi di dunia dahulu mereka terlanjur, kini ia menjadi teladan kepada orang lain. Cuma, jangan pula kita serah bulat-bulat kepada tuan imam untuk mengendalikannya. Sedangkan anak dan isteri si mati tidak terlibat sama dalam majlis tersebut.

Padahal dalam sebuah hadis lain ada disebutkan antara amalan yang diterima tanpa hijab ialah doa anak yang soleh kepada ibu bapa mereka.

Justeru, anak-anak dan isteri perlu sama-sama melibatkan diri dalam majlis membaca Yasin, tahlil atau majlis lain seperti solat hajat. Pada masa yang sama, kita perlu mendidik anak-anak supaya mereka terdedah dengan aktiviti begini.

Kebanyakan masjid hari ini indah dan dilengkapi pelbagai prasarana termasuk penghawa dingin. Malangnya, bilangan jemaah tidak banyak bertambah. Bagaimana membetulkan keadaan ini?

SHAIKH ISMAIL: Kita perlu meningkatkan kesedaran masyarakat untuk datang berjemaah di rumah Allah ini.

Oleh sebab itu, masjid perlu diimarahkan bukan sahaja dengan ibadat khusus seperti solat fardu berjemaah tetapi juga program lain yang bersifat fardu kifayah. Cuma kena dipastikan kesesuaiannya agar tidak terlibat dalam unsur maksiat.

Adalah malang apabila kita melihat umat Islam sanggup berpanas, berhujan dan berdiri menyaksikan konsert tetapi tidak sanggup berdiri lima minit untuk solat jemaah.

Jangan kita mengingat Allah pada waktu kita susah dan alpa ketika mendapat nikmat. Lagipun, solat adalah soalan pertama ditanya oleh malaikat dalam kubur nanti.

Jika kita berjaya menjawabnya dengan baik, maka akan mudahlah soalan-soalan yang lain.

Ingatlah firman Allah yang maksud-Nya: Sesungguhnya manusia itu dijadikan sentiasa dalam keluh kesah (lagi bakhil kedekut), apabila ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah dan apabila beroleh kesenangan, ia sangat bakhil (kedekut), kecuali orang yang mengerjakan sembahyang iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. (al-Ma’arij: 19-23)

Kita beruntung kerana Allah yang Maha Pemurah hanya mewajibkan kita solat lima waktu sehari semalam berbanding 50 waktu pada asalnya sebagaimana dalam peristiwa Israk Mikraj.

Namun, pahala kebaikan itu diberi ganjaran 10 kali ganda manakala pahala kejahatan hanya diberi satu. Jika kita diperintahkan solat 50 waktu, tidak dapat digambarkan adakah kita mampu melakukannya!


sumber: utusan malaysia 30/06/09

Tuesday, 30 June 2009

Just fantastically real works of ART.


Yes, everything you see is a cake with the frosting.

The sewing machine and other items look so real it

Looks like they are the real thing --

but...they are all just cake and frosting.

I think this one fooled me the most.

Saturday, 30 May 2009

kenangan yang berlalu

pade satu mlm tu..aku,suyut,shai,rijal,pakman,afik k. ngh lepak kat 15 bangi..ktrg mmg lpk utk rncg plan reunion kecil-kecilan utk dak2 laki..huhu..mule2 nk g sg.pisang la..ulu yam la..ulu bendul la..swming pool kat uniten la...ahha..mcm2 la kua tyme tu..last2..ktorg decide g Port DIckson je...huhu...pahtu ttp kn tarikh 28hb mei 2008 ari khamis lepas....huu,,,nk dijadikan cerite...ni kalo janji dak2 mahaad..kalahkan janji melayu...ktorg ttpkn tyme kul 9pagi berkumpul...ahah...janji maahad punye perangai kul 2lebih bru kumpul...kul 4lbh bru gerak..kire la sendiri berape beze jarak jam td...huu...bdak2 yg pg pd ptg tu...aku(ajiz),shai,sepol,nudin,ijat,hasrul,fariz,afiq suyut,afik kodiron,rijal,halim,dan pakman.

ktorg konvoi 2 kete je MYvi(fariz) n SErena(Shai) huuh......reunion ni ktorg wat coz..kesian kat afiq suyut..die nk fly da ahad ni..esok la..31hb mei 2008 ke india..ktorg smpi
sne dlm 4lbh kat teluk kemang...then solat asar lu..pahtu menjamu rendang yang afiq sayuti masak dr rumah...thnks suyut!!!! best gile rendang ko...bak kate sepol mcm mak org pnye masakan..
ha...cm knk2 ngh mkn kn...ahaha...pas mkn2 ktorg mandi manda..ahaha..agak seronok..lame xmndi laut..ngn mmbr2 lak uh...haa,,tyme ni fawwaz,shafiq musa, n shuk x smpi agi...dorg ade hal....huhuwajah2 org yg ngh gembira dan keriangan....huhu...tyme mlm tu ktrg gerak g pd sbb situ cerah tyme mlm2 senang sket ktorg nk wat bbq..emm dlm kul 8 lbh..shuk,fawwaz n shafq musa bru smpi...tyme2 dorg wat bbq aku,halim,n nudin sebok mancing2 pdhl xdpt sekor pon ikan..ahah..pahtu mlm2 sket ktrg men balong seliper,,peh pnt gile .pahtu xjd...ktorg men teke tike....gile seronok...best...gelak2 la..kutuk2..ahaha
tyme ni la jugak aku rase dlm diri aku..ktorg makin rapat dan rapat aku rase seronok sgt...ktorg mcm dah seperti adik beradik...huhu...pahtu dlm kul 2 lbh ktrg grk cr tmpt mkn...haa.tyme tu msg2 melantak lagi even dah bbq...ahaha...ape bleh buat..perot masing2
ni tyme lps mkn...lpk2 ambk gmbr...then ktrg grk g telok kemang...cm sbtg kare..ahah.ade yg tido dlm kete..lantai, atas jalan..ahah...ktorg bkn xnk sewe apartment..tp cm xbebaloi sbb tyme ktrg dah abeh lpk jam dah kul 4pg...so cm mmbzr je..huhu...pahtu ktrg slt subh kat masjid telok kemang then sarapan pahtu mandi wat kali kedua,,,ha...tyme ni mmg best...ktorg ade kan ragbi laut...ahah...dgn menggunakan biji kelapa dijadikan bola..mmg seronok,,,huhu,,then dlm 11lbh ktrg bersiap blk...tyme tu aku rase cm pilu dan sedih....n tak tahu bile lagi ktrg akn brjmpe n brkmpl cmni lagi..bagi afiq sayuti plak...die dpt rasekan selamat tinggal malaysia buat kali kedua..kami meninggalkan desiran ombak dgn tanda syukur krna tdk berlaku apa2 kat ktorg
selamat tinggal..!!! adios!!! to afiq sayuti n saiful---- gud luck in ur exam!! lain kali kte wat lagi eh.....

Friday, 22 May 2009

Hukum Merokok

( jawapan ini telah disirakan di Majalah-i, terbitan karangkraf)

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net









Soalan

Apakah pandangan ust tentang merokok dan hukumnya
menurut pandangan Islam, saya ada mendengar ada
ust-ust yang mengatakan terdapatnya ulama silam yang
hanya menghukumnya sebagai makruh dan tidak haram,
adakah ia benar?- Klang-

Jawapan :

Sebelum saya memasuki jawapan, suka saya mengingatkan
bahawa pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad
ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok
, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang
bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di
dalam Negara.


Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama
berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan
berbezanya tanggapan masing-masing
terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok.
Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk
kepada "ahl az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam
hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu
mengenalpasti impak buruk dari rokok kepada tubuh dan kehidupan.
Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat berlandaskan maklumat
lengkap dari para doctor perubatan atau pakar kimia adalah kurang
tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.

Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok.
Ia seperti berikut :-

1) Haram : Ulama kontemporari yang mengatakan demikain adalah
Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar,
Seluruh ahli persidangan Mencegah rokok ( persidangan di
Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh
Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi,
Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar.
( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh,
1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi
dan Fiqh As-Sunnah


Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd
alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi
as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani
al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin,
Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)

Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat
yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka
ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur
kotor dan racun ( seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon
monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya.
( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan,
hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )


Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan
buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran
Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan
kandungannya di akhbar yang menyebut "Merokok memudaratkan kesihatan
secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai
penyakit membunuh " ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal
‘Ilmi al-Jadid, 1/346 )

Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar
merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT
" Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" ( Al-Furqaan : 59 )
; Justeru, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan
oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.

Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan
hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk.
Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW
ertinya : " Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat"
( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ;
Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi,
Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain
sehingga naik ke darjat Sohih)


Hadith lain pula menyebut : " Sesiapa yang memakan dari pokok ini ,
berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid
kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana
ia menyakiti manusia" ( Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ;
Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi' as-Solat, no 876 )



2) Kumpulan yang Memfatwakan Harus atau Melihat secara tafsil (
terperinci)

Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi,
Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf
(berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ),
Syeikh Hasan Makmun.

Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak
mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun,
kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan
pandagan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut
perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya
berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan menggangu, justeru,
sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya
menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira
maklumat baru perubatan.

Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat
adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut
kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu
orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril
Imkan" ; ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan
kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)

Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667)
menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :-

a- Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat
rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan
uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya
kepada orang lain.

b- Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri
dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah,
ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil rokok bolehlah di
katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a
menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau
kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh
bagi seisap yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya.
Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk
ini mesti dicari segera.
Wallahu a'lam.

Zaharuddin Abd Rahman

pautan

Related Posts with Thumbnails