Sunday 31 August 2008

azrinaz shafiq

sahabat aku sorang ni namenye azrinaz shafiq bin abdul latif....
org sllu png dy jinaz je...dy cite kat aku lu..die tk suke org pngl die azrinaz sbb name same ngn pembace brita tv3 tu..hohho macam2 la ko ni jinaz...

aku nk cite kat kog2 pasal die nih...sbb die dahla baek ngn aku...huhu..skrg die dh fly g indon...ambk medic kat padjajaran kot..sedih do...lagi2 si saiful lagi sedih...

aku,sepol n jinaz adelah kawan baik...(sbb tiga2 ade moto same..hahahah)

haa...saje je nk cite pasal mamat ni..hihi..die ni baek doo...dulu tyme cuti sem je..msti ade aktiviti ngn dy n sepul...haa.kdg2 jali, fariz, afiq suyut n rijal msti ade gak...sbb ktorg sume warga serdang!! hahah..malam2 je.....

"truut...truutt....helo..samekom..."

"wasalam...weh naz,jom lpak mlm ni...""

" oh,ok gak,,aku ngh bosan ni..lepak mane?? sape je lagi pg?

"emm..kat tmn suyyut ah..dkt sket ngn dorg2 ni.."

"okla..aku pon nk mkn char kew teow do..sangap"

"hahah..xpe2 nnt aku ajak budk2 neh"

"ok2..papehal gtaw do,,smkom"

haa.itu la keje ktorg mlm2..lepak je..kadang2 kat syksen 15 bangi,,dpn kem tentera.metropoint(tmpt hasrul n pakman keje)....

pahtu kalo pagi2........

"truut....truut..ello"

"wet..bru bgn ke??
" tak ah..da lame"

"haa.cmne? jom ar men badminton.."

"jom2....haa.weh coll sepul..maybe dy tak bgn lagi"

"ok2..."



hohoho...pagi2 maen badminton...then tghri lpk dpn kem mkn2....

huhu..rindu weh scene2 nih...

haaa.....kalo korg nk taw....si jinaz ni pandai ambk aty org..die slalu terus terang kalo die suke or tak suke...huhuhuh..

kalo nk kuar senang je ajak...cm aritu..aku bru abeh exam ....balik dari usim je.
..mlm tu trus coll.
""weh..aku bru abh exm..jom g jln2"
"set!!!""
mlm tu gak..aku,jali,rijal,sepol n jinaz pg sunway...


haaa...nila gmbr ktorg===================>
(sepul tngkp)

huhuh....



huhu...aritu mase nk ata mamat ni kat klia...


mcm2 mende jadi..die flight kul 7.30pg

jali,rijal n tayut ambk aku kat ostel..aku dhla bgn lmbt...smpi xmand g klia sbb takot xsmpt..

sepul, nuddin n pakman lagi kesian..
boleh plak moto pakman gear tercabut..hahaha

aku xtaw la dorg pecut berape ratus untk smpi kat klia..huuh
smpi2 je klia..ktorg nmpk dorg berlari2 ke arah ktorg..huhuh

ktorg sayang ko naz....

huuh....


ko blaja betol2 kat indon tu....

kalo ade mslh contact je ktorg...ni warga maahad batch kite!!

~selamat berjuang sahabat~

pengasas sekularisme

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan
bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang
Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga
diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan
yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang
bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu
tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.


Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya
dibawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak
bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).


Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama
EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya
hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.
Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!"



pautan

Related Posts with Thumbnails