Wednesday, 2 June 2010
cerita serba sedikit dari Razali Awang about GAZA
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!
Memang sekutu kuat Amerika and Israel .
(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)
Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..
Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
sumber : jiwang.org
Tuesday, 1 June 2010
palestine will be free!
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
Maksud hadis:
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.
Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”
Monday, 31 May 2010
*Belajar memahami emosi lelaki
Lelaki dan wanita mempunyai banyak perbezaan yang ketara. Bukan sahaja dari
segi perwatakan, cara percakapan malah emosi mereka juga amat berbeza. Ramai
yang beranggapan wanita itu lebih sensitif daripada lelaki. Apakah kenyataan
ini benar atau sebaliknya?.
*1. Hidup Lelaki Lebih Mudah*
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar
untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh
wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki
lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara
berterusterang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara,
tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
*2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan*
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki
dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Jika dia bercakap
dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan
bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami
lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya.
Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
*3. Lelaki Suka Membisu*
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitive dan
mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi
lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
*4. Lelaki Tidak Kompleks*
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya
mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan
melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah
yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara
primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki
sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.
*5. Jangan Paksa Lelaki*
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu
akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka
adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih
baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan
mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca
tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.
*6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain*
Tidak seperti wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain
mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi,
adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa.
Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
*7. Lelaki Pentingkan Kejujuran*
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang
dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra
mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi
lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.
*8. Lelaki Tidak Suka Dikritik*
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah
dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik
di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat
mengelakkan konfrantasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga
apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk
mengkritik lelaki adalah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik
adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu
mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur,
perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik
lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.
*9. Lelaki dan Ego*
Ramai lelaki menunjukkan egonya dalam dua keadaan, pertama di dalam kerja,
dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan.
Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suaminya. Wanita
yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki
mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda
tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda menambah ego lelaki, ia
akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan
mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.
*10. Sahabat Yang Paling Baik*
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi
sahabat yang paling baik kepada anda.
*11. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi*
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk
dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa
bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ia bukan
satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap
manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira,
paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza
dari wanita adalah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa
kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu
kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak
penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada
kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita.
Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila
terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin
dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa
kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa
kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki
dan wanita. Apabila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi sama ada
sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan
mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya.
Walaupun kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau
meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia
menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.
::kisah benar::
Satu petang yang hening...aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan
umah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah skit)
huhuhu..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di
ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir
agaknyer...isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku
ini...isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2
menghiburkan kami se famili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga
memiliki famili ni....
Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut..
Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup
nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
Umah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang
bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun
khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas
kepala ni aku terjah dia kat dapur
'YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI
KE SMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM
NIE.....!!!!'
Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?
YAH! AWAK JGN UJI SAYA!
Iye lah..lau berani buat lah...
YAAHHHHH......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh
menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu
Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....
Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu
cepat..boboi tak cakap kat awak ke...
HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....
Ceyai Vs cerai...
Moral:
B carefull ngan bahasa anak anda dan jangan hisap rokok